Sunday 11 March 2012

SITUASI 6 : GILA??

Situasi bahasa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah tentang penggunaan perkataan 'gila' diakhir perkataan semasa berkomunikasi . Situasi ini berlaku semasa saya dan memuat turun gambar kawan saya yang berkahwin baru-baru ini dalam "mukabuku". Selepas beberapa minit, seorang sahabat saya memberi komen kepada gambar tersebut.

Situasi
SI  A  : "cantik GILA Noha !! Naik seri pengantin..papepon..selamat pengantin baru buat Noha dan Rafaei.. 
SAYA:  Kalau ya pun cantik..xkan sampai gila kot?? heheheh
SI  A   : Yelah..teruja tengok orang kahwin..x sabar lak nak kahwin..ko punya bila lak??
SAYA : Lambat lagi kot..tunggu ko dulu..baru sampai turn aku..hehehe


cantik 'gila'

Apabila diperhatikan, ayat tersebut merupakan ayat yang salah dari segi susunan tatabahasanya. Selain itu,  ayat tersebut menggunakan dua kata adjektif dalam satu ayat iaitu 'cantik'  dan 'gila' . 'Gila' disini adalah untuk menegaskan bahawa betapa cantiknya kawan saya tersebut dipandangan matanya. Biasanya penggunaan kata 'gila' ini hanya diletakkan dibelakang kata adjektif. Contoh :

gemuk gila
kurus gila
besar gila
penat gila
sakit gila


Sebenarnya terdapat banyak lagi penggunaan kata 'gila' dalam kehidupan seharian kita. Pada pendapat saya penggunaan kata 'gila' ini tidak seharusnya digunakan untuk menunjukkan darjah perbilangan yang paling tinggi. Penggunaan kata 'gila' ini boleh memberi kekeliruan kepada pengguna bahasa sama ada apa yang diberitahu itu bersifat gila ataupun sebagai kata penegas sahaja. Oleh yang demikian, dalam memartabatkan bahasa Melayu, kita seharusnya sensitif dengan perkataan ini dan tidak menggunakannya dalam perbualan seharian.