Friday 23 March 2012

~SITUASI 15: BAHASA PASAR~

Apa itu bahasa pasar? Bahasa pasar merupakan bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing seperti i,we all, you all, gua, lu, semua orang, bai, kitorang dan sebagainya. Bahasa pasar juga bahasa orang tidak terpelajar atau digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Bahasa ini boleh dianggap bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, perhentian bas,dan sebagainya. 

CONTOH BAHASA PASAR
“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.”
(Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

"sekadar gambar hiasan"

CONTOH LAIN BAHASA PASAR 
· Itu budak sudah curi saya punya dua ayam
· Sana punya olang ada baik
· Kita olang ada satu paying
· Pandai punya orang
· Dia punya rumah
· Jahat punya budak
· Dia punya bini
· Ini punya buku manyak mahal

Pada pendapat saya, kecenderungan masyarkat hari ini menggunkan bahasa pasar adalah kerana terikut-ikut dengan situasi setempat. Misalnya, apabila kita pergi ke pasar, secara tidak langsung, kita akan menggunakan bahasa ini terutamanya apabila berkomunikasi dengan peniaga bukan Melayu. Walaupun bahasa ini ternyata dapat mengkomunikasikan mesej, tetapi bahasa ini bukanlah bahasa tinggi. Sebenarnya bahasa ini dapat dielakkan jika kita membiasakan komunikasi harian kita dengan bahasa melayu standard.