Wednesday 28 March 2012

SITUASI 19 : BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang berkeperluan khas pendengaran untuk berkomunikasi dengan orang ramai iaitu pekak dan bisu. Bahasa isyarat menggunakan komunikasi secara manual, iaitu menggunakan bahasa tubuh seperti tangan dan gerak bibir, bukannya menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa isyarat ini sangat unik kerana pengguna bahasa ini mampu berkomunikasi dengan pengguna bahasa yang berlainan bahasa, agama dan budaya. Saya sendiri pernah berkomunikasi dengan jiran ibu saudara saya yang bisu dan pekak. Namun komunikasi kami terganggu kerana saya tidak dapat memahami apa yang dia ingin sampaikan sehinggakan ibu saudara saya terpaksa menterjemahkannya. Apa yang menariknya, bagaimana orang-orang disekelilingnya yang tidak ada asas langsung mengenai bahasa isyarat dapat memahaminya? Munkin mereka sudah terbiasa berkomunikasi dengan mereka yang bermasalah pendengaran ini. 

bahasa isyarat

Pada pendapat saya, bahasa isyarat memudahkan komunikasi antara orang normal dengan orang berkeperluan khas. Tanpa isyarat-isyarat ini, sudah tentu kita tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Orang normal yang menguasai bahasa isyarat ini dianggap mempunyai satu kelebihan kerana tidak semua orang mampu memahami dan menguasai bahasa ini. 

"bisu atau pekak"