Monday 2 April 2012

SITUASI 21 : JENIS-JENIS PERIBAHASA



PERIBAHASA
Menurut Za'ba (1965), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang halus, mengandungi kebenaran sedap di dengar dan bijak perkataannya. Peribahasa Melayu terbahagi kepada beberapa jenis iaitu perumpamaan, pepatah, bidalan, kata-kata hikmat, simpulan bahasa dan perbilangan.

SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang tetap tersimpul dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri daripada dua patah katayang telah tetap bersimpul dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri daripada dua patah kata dan makna yang berlapis. 
Contoh : Muka tembok, pecah tembelang, ajak-ajak ayam


PERUMPAMAAN
*Perumpamaan ialah peribahasa yang menyatakan sesuatu makna atau tujuan dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu :
i) Menyatakan perbandingan secara jelas yang didahului oleh kata-kata perbandingan seperti bak, ibarat, bagai, laksamana, macam dan umpama. 
Contoh: Bagai pungguk rindukan bulan. Laksana bulan dipagari bintang.
ii) Tidak menyatakan perbandingan secara jelas dan tidak di dahului oleh kata perbandingan.
Contoh : beri betis nak peha

PEPATAH PETITIH
Pepatah-petith ialah rangkaian kata yang bersifat berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mengandungi unsur pengajaran. Pepatah biasanya berkait dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan.
Contoh : kalau tiada angin masakan pokok kan bergoyang.


PERBILANGAN
Perbilangan disusun berangkap-rangkap. Perbilangan lebih melihat aspek adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contoh : 
-Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
-berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


BIDALAN
Bidalan ialah peribahasa yang bersifat selapis dan mengandungi unsur nasihat serta ditandai oleh penggunaan kata biar, ingat, jangan.
Contoh : biar lambat asal selamat

KIASAN
Kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, samada menyebut bandingan atau tanpa menyebut perbandingan. Za'ba membahagikan beberapa bahasa kiasan kepada empat jenis iaitu 
i) Kiasan Asal - kiasan yang menerangkan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
Contoh : merah seperti biji saga
ii) Kiasan Berpindah - kiasan yang tidak menggunakan kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Contoh : pekak badak
iii) Kiasan Peemanusiaan - kiasan yang memberikan sifat-sifat atau perlakuan yang dimiliki oleh manusia kepada objek yang tidak bernyawa.
Contoh : pohon nyiur melambai-melambai
iv) Kiasan berkacau - Kiasan yang dapat menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta yang bertentangan antara satu sama lain.
Contoh : lautan cinta berahi

KATA-KATA PUJANGGA
Kata-kata pujangga ialah kata-kata hikmat atau perkataab bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.
Contoh : 
-Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh berlaku. 
-Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah dalam kegelapan
-Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

SELOKA
Seloka ialah puisi tradisional yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap jumlah baris. Seloka ini boleh diiramakan atau tidak. Ciri-ciri seloka adalah mengejek , menyindir secara serius, serta mengkrituk secara serius sikap negatif masyarakat. 
Contoh :
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibubuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tidak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air tempayan di curahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan dihujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apabila didengar gelagak dagang
Gelagat rambutan jantan
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan..

GURINDAM
Gurindam ialah salah satu puisi Melayu lama dan dikatakan berasal dari perkataan India. Gurindam dibaca dengan lagu tersendiri dan berbeza dengan lagu syair. Puisi ini mempunyai rima akhir yang sama serta mempunyai persoalan dan jawapan. 
Contoh :
"tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi nampak
Budak-budak dua kali juga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang"




Pada pendapat saya, bahasa Melayu terkenal dengan keunikannya tersendiri. Peribahasa digunakan dalam komunikasi seharian dengan pelbagai tujuan. Warisan nenek moyang kita ini harus dipelihara agar generasi akan datang akan mengenali keindahan bahasa kita ini.