Wednesday 4 April 2012

SITUASI 23: BAHASA PIJIN

Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal penutur kedua-dua belah pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bajasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal sebaliknya bahasa itu dipelajari kemudian. Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami sesuatu perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata terhad. Bahasa pijin yang digunakan untuk tujuan-tujuan trtentu sahaja. Di Malaysia, kita akan dapat dilihat penggunaan bahasa pijin dalam komunikasi peniaga yang terdiri pelbagai kaum. Mereka menggunakan bahasa pijin untuk berhubung dengan para pelanggan ketika urusan jual beli. Kita juga boleh mendengar pndengaran para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa pijin di Malaysia sering digelar bahasa pasar. Pada kebiasaanya, kita dapat mendengar penggunaan bahasa pijin apabila kita mengunjungu kedai-kedai bangsa Cina atau India.

"perpaduan antara kaum"

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA PIJIN
'lu mau apa" (Melayu dan Cina)
'ini balang manyak mulah' (Melayu dan Cina)
'kalau lu talak mau ini balang, lu boleh talak sama gua' (Melayu dan Cina)
'saya Jalan Husin juga dudok (Melayu dan India)
'mau makan apa' (Melayu India)

"satu malaysia"

Pada pendapat saya, penggunaan bahasa Pijin akan wujud bila kita berkomunikasi dengan bangsa-bangsa lain. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu namun mereka cuba menggunakan bahasa ini. Bahasa pijin ini bersifat sementara kerana bahasa ini tidak kekal penuturnya. Penggunaan bahasa pijin ini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia.