Monday 16 April 2012

SITUASI 26: BAHASA KANAK-KANAK

Seminggu cuti pertengahan semester membuatkan hati terasa berat untuk meninggalkan kampung. Tidak puas rasanya bersama kelurga tersayang lebih-lebih lagi selepas ini kami di semester enam tidak mempunyai cuti kerana terus praktikum. Situasi kali ini bukanlah untuk bercerita tentang cuti tetapi mengenai anak saudara kesayangan saya yang berusia 3 tahun. Kadang-kadang saya tidak dapat menduga apa yang difikirkan oleh seorang kanak-kanak. Keletahnya membuatkan kami sekeluarga tidak kering gusi.
"Pertuturan lancar dalam kalangan kanak-kanak bukan berlaku secara tiba-tiba, tetapi menerusi pelbagai proses yang rencam. Usaha tersebut memerlukan latihan intensif dalam proses perkembangan bahasa melalui pelbagai tahap sehinggalah wujud perubahan yang sempurna. Hakikatnya, kebolehan berbahasa kanak-kanak ditunjangi oleh perkembangan fizikal dan intelektual. Perkara yang paling mengagumkan, pada usia seawal beberapa bulan, kanak-kanak telah dapat berkomunikasi dengan orang di sekitarnya. Berkaitan dengan fenomena berkenaan, Miler dan Gildea (1987) mengulas bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara spontan, tetapi bertahap. Kebolehan berbahasa kanak-kanak dikatakan berkembang seiring dengan perkembangan fizikal, mental, intelektual dan sosial. Oleh sebab itu, perkembangan tersebut dikaitkan dengan keseimbangan dinamik atau satu rangkaian yang bergerak daripada bunyi sederhana kepada komunikasi kompleks."
sumber :http://dradenanayob.blogspot.com/2010/01/proses-perkembangan-bahasa-kanak-kanak.html


contoh bahasa kanak-kanak (loghat Kelantan)

makan- mam
minum susu-neneng/pek
mama- ma
papa- pa
buang air besar-uk'uk (bunyi)
cium-sayang



"keindahan zaman kanak-kanak"

Pada pendapat saya, kanak-kanak mempunyai bahasanya tersendiri. Adakalanya, kita sendiri tidak memahami apa yang dituturkan. Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Semakin meningkat umur mereka, semakin banyak kosa kata yang diketahuinya terutama selepas mengetahui bahasa kedua semasa alam persekolahan nanti. Saya rindu zaman kanak-kanak saya!