Tuesday 1 May 2012

SITUASI 37: SATU PERKATAAN DISEBUT SELURUH DUNIA..GOOOOLLLLLLL


Sewaktu berbual-bual dengan sahabat saya sambil menunggu makanan kami siap..tiba-tiba kami mendengar jeritan "gooooollllllllllllll" daripada pelajar lelaki di dalam kedai tersebut. Walaupun agak terkejut dengan sorakan mereka, namun saya tidak boleh salahkan mereka kerana orang lelaki sangat meminati  permainan bola sepak. Lebih-lebih lagi saya difahamkan pasukan negeri Kelantan bertanding dengan pasukan negeri Kedah pada malam ini. Semangat mereka bersorak mebuatkan saya terfikir, mengapa satu dunia hanya menyebut satu perkataan sahaja iaitu GOL apabila pasukan mereka sokong berjaya menjaringkan gol? Yang pastinya saya tiada jawapan untuk soalan tersebut. Teringat kata-kata seorang pengulas sukan dalam televisyen suatu masa dahulu:
 “Sebenarnya sukan bola sepak ini menyatukan semua penonton. Ini kerana apabila pasukan mereka mendapat gol, mereka akan bersorak satu perkataan yang sama iaitu ‘gol’. Tidak kiralah Mat Saleh dari Amerika, Negro dari Afrika, Pak Arab dari Mesir, dan lain-lain lagi”


"harimau malaya"
Pada pendapat saya, sukan bola sepak dapat menyatukan seluruh penontonnya. Walaupun kita berada di lain tempat dan situasi tetapi apabila kita menyaksikan satu perlawanan yang sama, dan pasukan yang kita sokong menjaringkan gol, secara tidak langsung, kita akan bersorak kegembiraan seolah-olah kita yang bermain pada masa itu. Oleh itu, majulah sukan untuk negara.